Saturday, June 12, 2010
Kuih Lopes
Bahan-bahan nya
300gm pulut
20gm abu cang
secukup air untuk merendam
secukup daun pisang
tali frafia untuk mengikat lopes
untuk sirap gula
400gm gula melaka*
450ml air*
daun pandan*
* ketiga-tiga baha tadi dimasak hingga mendidih dan ditapis dan diketepikan
1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam
daun pandan
semua bahan diatas dikukus sebentar.
Cara membuat nya
1. Cuci beras pulut dan direndam dengan abucang dan secukup nya selama 3-4jam
2. Selepas itu toskan air nya(tidak usah dicuci lagi)
3. layukan daun pisang(sama ada di dalam air panas atau di atas api)
4. Lipatkan daun pisang dan bentukkan tiga segi(seperti membuat samosa).
5. Isikan 2 sudu makan pulut kedalam nya,dan dilipatkan daun pisang tadi dengan kemas,dan di ikat dengan tali rafia..pastikan daun tidak pecah.
6. Rebus lopes tadi selama 3jam atau sehingga masak.
7. Selepas itu sejukkan dan digaul dengan kelapa dan dimakan dengan sirap gula melaka.
SELAMAT MENCUBA.
Subscribe to:
Posts (Atom)