Tuesday, July 23, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada para pengunjung blog kak zie,
sudah masuk hari ke 14 kita berpuasa,semoga diberi kesihatan supaya kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik,dan semoga segala amalan dibulan yang penuh barakah diterima ALLAH.....Amin....
In Sha Allah....jika diberi kelapangan kak zie akan update blog ni...

Friday, January 4, 2013

testing! testing!......

Salam Salam untuk semua....hari ini  tak update masakkan,cuma sekadar nak testing photo taking with my new babe Nikon D5200 with macro lens...

masih baru dah kekok lagi...tapi akan ku  cuba hingga mahir....

jom tengok gambar je lah ya..

shoot pertama ku......goreng sawi puteh


shoot yang kedua....the image really very sharp


Beef Briyani



gambar ni diamabil tanpa menggunakan macro lens



Gambar di bawah ni pula hanya sekadar suka2 je....di salah shopping centre yang baru (yang sebenar nya,aku sendiri pun tak tau akan keujudan shopping centre ni...so bagi aku baru lah :P)di sebelah timur Singapura ia itu Changi Point...

Tapi the picture tak lah macam pro..so just enjoy...



charles and keith boutique


Subway....tapi tak HALAL

Texas Chicken


kalau sape on diet....ini lah makanan pilihan yogurt with topping of your choice

Escalator pulak sedang di service....terpaksa lah aku memanjat tangga2 besi tu...




yang ini is my new babe..hadiah dari hubby





ok lah hanya setakat ini saje yang aku kongsi....

kita jumpa lagi di lain masa dan ketika..




Wednesday, July 11, 2012

sweet and sour clam

Salam Sejahtera untuk semua......hari ini ini saya nak berkongsi resepi sweet sour clam,atau lain perkataan lokan masam manis....kalau salah tolong betulkan ya...

bahan-bahan
1kg lokan(small clam)dicuci bersih
(saya merebuskan dulu,takut ia berpasir)
2 sudu makan cili boh
2 sudu makan tomato sauce
2 sudu makan chili sauce
2 sudu makan sos abalone
(anda boleh gantikan dengan oyster sauce)
1 sudu makan sos plum
1 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
2 batang daun bawang dipotong 1inci
1 biji bawang besar di potong 4-6
1 batang cili hijau dan merah dihiris kasar
daun ketumbar jika suka
minyak untuk menumis

cara-caranya
1. Panaskan minyak,tumis bawang putih dan halis hingga naik bau.

2. Masukkan cili boh dan tumis hingga garing,ditambah dengan tomato,chili sos,abalone atau oyster sauce dan sos plum.

3. Masak sebentar bahan-bahan tadi hingga sebati jika pekat,boleh lah dibubuh sedikit air.

4. Kemudian masukkan lokan tadi beserta cili hijau,cili merah dan bawang.

5. Kacau hingga sebati,mati kan api dan masukkan daun bawang.

6.Siap untuk disajikan...


SELAMAT MENCUBA N HAPPY COOKING....

Saturday, July 7, 2012

Paella Rice

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu...entry kali ini kak zie ingin berkongsi resepi nasi ia itu Paella,sebagaimana yang kita tau Paella berasal dari Spain,berbagai-bagai cara memasak Paella ini,tapi yang ini versi kak zie yang sudah diubah suai sedikit...

Bahan-bahan yang diperlukan
3 cawan beras
4 cawan  chicken broth
250gm daging ayam tanpa tulang dihiris dan digaul bersama
sedikit garam,thyme,cumin powder dan rosemary.
250gm sotong dibuang kulit dan dibersihkan
150gm udang
250gm small clams(kak zie rebus dulu dan dicuci...)
(anda juga bole menggunakan mussels tapi kak zie and family tak makan mussels so akak tak bubuh)
1 biji capsicum merah didadu
1 biji capsicum hijau didadu
1 biji capsicum kuning didadu
1 sudu besar caper
secubit besar saffron direndam dengan sedikit air
1 biji bawang besar didadu kasar
2-3 ulas bawang putih dicincang
2 biji tomato yang masak didadu(anda juga bole menggunakan tomato dalam tin)
1 sudu besar cayenne pepper
minyak zaiton untuk menumis
dan garam secukup rasa

Cara membuat nya
1. Cuci beras dan toskan.

2. Panaskan minyak zaiton tumis ketiga-tiga capsicum sebentar angkat dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis daging ayam hingga masak,angkat dan ketepikan.

4. Dalam bekas yang sama,tambah minyak jika perlu...tumis bawang merah hingga layu jangan sampai garing kemudian masukkan bawang putih tumis hingga naik bau.

5. Kemudian masukkan beras,chicken broth,saffron berserta air rendaman,tomato dan masak nasi hingga separuh masak.

6. Kacau nasi tadi dan bubuh garam secukup rasa,pada ketika ini anda bole .masukkan sotong udang,small clams,ayam dan capsicum tadi.

7. Tanak nasi hingga nasi masak,dan siap untuk disajikan.

Monday, July 2, 2012

Lunch Hari Ini...

Salam sejahtera....hari ni masak yang ringkas-ringkas aje,resepi yang pernah akak kongsi dulu ia itu fish ball soup,goreng sayur sikit dan sambal binjai.....


                                        sambal binjai Click Here!

                                       fish ball soup..akak menggunakan ikan tenggiri click here


                                       goreng kobis cina

                                        hidangan yang simple....

Jemput makan.....

Saturday, June 30, 2012

Salad Fish Patties

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu...saya doakan agar kalian bahagia disamping keluarga tersayang...hari ini saya ingin berkongsi sejenis salad yang jadi favorite saya sejak akhir2 ni...ia amat mudah dan ringkas...

Untuk resepi kali ini saya 'play chit" sikit,saya menggunakan fish patties yang sedia ada dipasaran...jika anda ingin membuat fish patties sendiri....dipersilakan atau anda bole gantikan dengan bahan2 yang lain...

bahan-bahan yang diperlukan...
10 keping fish patties digoreng dan dihiris 1/2" memanjang


1 biji timun/zucchini dihiris memanjang
1 batang carrot di hiris memanjang
segenggam daun ketumbar dihiris kasar
3 batang chili padi(kalau suka pedas bole tambah,kalau tak mau gunakan pun bole)
1 sudu besar kacang yang dipanggang dan dicincang kasar
2 sudu besar Sweat Thai chili sauce

Cara-cara:
Gaul semua bahan dan gaulkan hingga sebati,kemudian taburkan kacang sebelum menjamu selera..





Selamat mencuba

Monday, June 25, 2012

Udang Taucheo

Salam Sejahtera untuk semua......hari ni saya tampilkan resepi yang simple,
bongkkar dalam petisejuk,cuma ada daging.ayam dan udang je....

dok pikiaq 5-10 minit nak apa masak la ni...nak masak udang sambal...last week baru masak....bukak 'ice box' lagi,ternampak botol taucheo...so masak lah udang taucheo ni....



Bahan-bahan yang diperlukan ia lah..
1/2 kg udang dibuang kulit,tinggalkan ekor saja
2 sudu makan santan pekat(optional)

bahan-bahan untuk dihiris
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
2 ulas bawang putih
5-6 biji lada padi

2 sudu makan taucheo dicuci bersih da ditoskan
1 biji tomato dibelah 6

minyak untuk menumis
sedikit garam jika perlu,jika masakkan tu sudah cukup masin tidak perlu garam.

Cara-cara nya
1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang dihiris hingga layu dan naik bau.

2. Kemudian masukkan udang dan gaul hingga sebati.

3. Selepas itu masukkan taucheo,tomato dan santan,kacau rata.

4. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa,biarkan mendidih seketika.

5. Siap untuk disajikan.

SELAMAT MENCUBA