Monday, June 25, 2012

Udang Taucheo

Salam Sejahtera untuk semua......hari ni saya tampilkan resepi yang simple,
bongkkar dalam petisejuk,cuma ada daging.ayam dan udang je....

dok pikiaq 5-10 minit nak apa masak la ni...nak masak udang sambal...last week baru masak....bukak 'ice box' lagi,ternampak botol taucheo...so masak lah udang taucheo ni....



Bahan-bahan yang diperlukan ia lah..
1/2 kg udang dibuang kulit,tinggalkan ekor saja
2 sudu makan santan pekat(optional)

bahan-bahan untuk dihiris
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
2 ulas bawang putih
5-6 biji lada padi

2 sudu makan taucheo dicuci bersih da ditoskan
1 biji tomato dibelah 6

minyak untuk menumis
sedikit garam jika perlu,jika masakkan tu sudah cukup masin tidak perlu garam.

Cara-cara nya
1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang dihiris hingga layu dan naik bau.

2. Kemudian masukkan udang dan gaul hingga sebati.

3. Selepas itu masukkan taucheo,tomato dan santan,kacau rata.

4. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa,biarkan mendidih seketika.

5. Siap untuk disajikan.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment