Thursday, October 8, 2009

Lapis Surabaya



Bahan-bahan nya 



17 biji kuning telur (disejukkan didalam petisejuk)
4 biji putih telur
270g gula pasir
300g mentega
200g tepung hongkong*
1 sudu teh baking powder*
* dua bahan ini diayak bersama
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan chocolate emulco
1 sudu teh esen vanilla
sedikit jem aprikot
3 loyang (28x28cm) sapu dengan mentega dan dialas dengan kertas kuih.
300g kacang atau gajus yang dibakar terlebih dahulu,dicincang kasar



Cara-Cara nya
1.  Pukul mentega hingga putih menggunakan kelajuan yang tinggi selama 5 minit.Masukkan esen vanilla dan ketepikan.


2.  Pukul putih,kuning telur,tepung gula dan ovaltte selama 7 minit.Kemudian masukkan adunan mentega tadi dan digaukl  hingga rata.


3.  Bahagi adunan kepada  tiga bahagian,2 bahagian dibiarkan warna asli,sementara satu lagi diwarnakan dengan chocolate emulco.

4.  Tabur kekacang sebelum membakar



5.  Bakar ketiga-tiga loyang dalam ketuhar suhu 200C selama 15 minit.


6.  Bila sudah masak, biarkan ia sejuk,baru dikeluarkan dari loyang dan sapukan permukaan kek tadi dengan jem apricot dan lapis mengikut susunan-putih diatas,cokelat ditengah dan putih dibawah.


Cake Gulung Pelangi










Bahan A

10 biji kuning telur sejuk (disimpan dipeti ais selama 20 minit)
6  biji putih telur
150g gula
100g tepung gandum di ayak
20ml air batu
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh baking powder
pewarna kegemaran anda

Bahan B

80g mentega dicairkan
 

 Cara-Cara nya.


 1.  Semua bahan-bahan A disatukan dan dipukul selama 10minit.

2.  Masukkan mentega cair tadi dan dikacau hingga rata.



3.  Adunan dibahagi kepada 3 bahagian


 4.  Warnakan setiap adunan dengan warna kegemaran,dan dikacau rata.





5.  Masukkan adunan tadi kedalam kelongsong plastik,supaya mudah kita memicitkan adunan kedalam loyang.

5.  Sapukan butter pada loyang pembakar dan dialas dengan kertas.

6.  Picit adunan berselang seli dan dibakar selama 15 minit pada suhu 190C
atau mengikut kepanasan ketuhar anda.

7.  Selepas masak sejukkan sebentar baru digulung. (tapi jangan terlalu sejuk,ia akan membuat kek anda pecah pabila menggulung.


 


8.  Boleh disimpan dipeti ais.




Selamat mencuba