Wednesday, July 11, 2012

sweet and sour clam

Salam Sejahtera untuk semua......hari ini ini saya nak berkongsi resepi sweet sour clam,atau lain perkataan lokan masam manis....kalau salah tolong betulkan ya...

bahan-bahan
1kg lokan(small clam)dicuci bersih
(saya merebuskan dulu,takut ia berpasir)
2 sudu makan cili boh
2 sudu makan tomato sauce
2 sudu makan chili sauce
2 sudu makan sos abalone
(anda boleh gantikan dengan oyster sauce)
1 sudu makan sos plum
1 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
2 batang daun bawang dipotong 1inci
1 biji bawang besar di potong 4-6
1 batang cili hijau dan merah dihiris kasar
daun ketumbar jika suka
minyak untuk menumis

cara-caranya
1. Panaskan minyak,tumis bawang putih dan halis hingga naik bau.

2. Masukkan cili boh dan tumis hingga garing,ditambah dengan tomato,chili sos,abalone atau oyster sauce dan sos plum.

3. Masak sebentar bahan-bahan tadi hingga sebati jika pekat,boleh lah dibubuh sedikit air.

4. Kemudian masukkan lokan tadi beserta cili hijau,cili merah dan bawang.

5. Kacau hingga sebati,mati kan api dan masukkan daun bawang.

6.Siap untuk disajikan...


SELAMAT MENCUBA N HAPPY COOKING....

Saturday, July 7, 2012

Paella Rice

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu...entry kali ini kak zie ingin berkongsi resepi nasi ia itu Paella,sebagaimana yang kita tau Paella berasal dari Spain,berbagai-bagai cara memasak Paella ini,tapi yang ini versi kak zie yang sudah diubah suai sedikit...

Bahan-bahan yang diperlukan
3 cawan beras
4 cawan  chicken broth
250gm daging ayam tanpa tulang dihiris dan digaul bersama
sedikit garam,thyme,cumin powder dan rosemary.
250gm sotong dibuang kulit dan dibersihkan
150gm udang
250gm small clams(kak zie rebus dulu dan dicuci...)
(anda juga bole menggunakan mussels tapi kak zie and family tak makan mussels so akak tak bubuh)
1 biji capsicum merah didadu
1 biji capsicum hijau didadu
1 biji capsicum kuning didadu
1 sudu besar caper
secubit besar saffron direndam dengan sedikit air
1 biji bawang besar didadu kasar
2-3 ulas bawang putih dicincang
2 biji tomato yang masak didadu(anda juga bole menggunakan tomato dalam tin)
1 sudu besar cayenne pepper
minyak zaiton untuk menumis
dan garam secukup rasa

Cara membuat nya
1. Cuci beras dan toskan.

2. Panaskan minyak zaiton tumis ketiga-tiga capsicum sebentar angkat dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis daging ayam hingga masak,angkat dan ketepikan.

4. Dalam bekas yang sama,tambah minyak jika perlu...tumis bawang merah hingga layu jangan sampai garing kemudian masukkan bawang putih tumis hingga naik bau.

5. Kemudian masukkan beras,chicken broth,saffron berserta air rendaman,tomato dan masak nasi hingga separuh masak.

6. Kacau nasi tadi dan bubuh garam secukup rasa,pada ketika ini anda bole .masukkan sotong udang,small clams,ayam dan capsicum tadi.

7. Tanak nasi hingga nasi masak,dan siap untuk disajikan.

Monday, July 2, 2012

Lunch Hari Ini...

Salam sejahtera....hari ni masak yang ringkas-ringkas aje,resepi yang pernah akak kongsi dulu ia itu fish ball soup,goreng sayur sikit dan sambal binjai.....


                                        sambal binjai Click Here!

                                       fish ball soup..akak menggunakan ikan tenggiri click here


                                       goreng kobis cina

                                        hidangan yang simple....

Jemput makan.....

Saturday, June 30, 2012

Salad Fish Patties

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu...saya doakan agar kalian bahagia disamping keluarga tersayang...hari ini saya ingin berkongsi sejenis salad yang jadi favorite saya sejak akhir2 ni...ia amat mudah dan ringkas...

Untuk resepi kali ini saya 'play chit" sikit,saya menggunakan fish patties yang sedia ada dipasaran...jika anda ingin membuat fish patties sendiri....dipersilakan atau anda bole gantikan dengan bahan2 yang lain...

bahan-bahan yang diperlukan...
10 keping fish patties digoreng dan dihiris 1/2" memanjang


1 biji timun/zucchini dihiris memanjang
1 batang carrot di hiris memanjang
segenggam daun ketumbar dihiris kasar
3 batang chili padi(kalau suka pedas bole tambah,kalau tak mau gunakan pun bole)
1 sudu besar kacang yang dipanggang dan dicincang kasar
2 sudu besar Sweat Thai chili sauce

Cara-cara:
Gaul semua bahan dan gaulkan hingga sebati,kemudian taburkan kacang sebelum menjamu selera..





Selamat mencuba

Monday, June 25, 2012

Udang Taucheo

Salam Sejahtera untuk semua......hari ni saya tampilkan resepi yang simple,
bongkkar dalam petisejuk,cuma ada daging.ayam dan udang je....

dok pikiaq 5-10 minit nak apa masak la ni...nak masak udang sambal...last week baru masak....bukak 'ice box' lagi,ternampak botol taucheo...so masak lah udang taucheo ni....



Bahan-bahan yang diperlukan ia lah..
1/2 kg udang dibuang kulit,tinggalkan ekor saja
2 sudu makan santan pekat(optional)

bahan-bahan untuk dihiris
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
2 ulas bawang putih
5-6 biji lada padi

2 sudu makan taucheo dicuci bersih da ditoskan
1 biji tomato dibelah 6

minyak untuk menumis
sedikit garam jika perlu,jika masakkan tu sudah cukup masin tidak perlu garam.

Cara-cara nya
1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang dihiris hingga layu dan naik bau.

2. Kemudian masukkan udang dan gaul hingga sebati.

3. Selepas itu masukkan taucheo,tomato dan santan,kacau rata.

4. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa,biarkan mendidih seketika.

5. Siap untuk disajikan.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, June 23, 2012

Pecuk Nenas

Assalamualaikum....selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang,untuk entry kali saya ingin berkongsi juadah yang amat ringkas dan mudah...enak dimakan bersama nasi briyani atau nasi2 yang sewaktu dengan nya....mak saya namakan juadah ini pecuk nenas,tapi saya diberi tahu ada yang menyebut jelatah mentah,tapi bagi saya ia seakan-akan salada lah....anyway hopefully anda akan mencuba resepi ini...


Bahan-bahan nya

1 biji nenas yang masak dikupas dan diracik(agak-agak kasar)
1 biji bawang besar yang sederhana besar didadu
1 biji timun dikupas dan didadu(buang tengah)
1 biji lada merah
3 biji cili padi
sedikit garam dan gula secukup rasa




Cara-caranya:

Satukan bahan-bahan diatas perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa anda,if you don't like too spicy,you may omit the chilli.

Semoga anda mencuba...

Friday, June 15, 2012

Nasi Goreng Kampung My Style

Assalamualaikum kepada para pengujung blog saya...dah lama tak update blog,jadi hari ini saya menyajikan masakan yang paling ringkas dan mudah dibuat...Nasi Goreng Kampung My Style.



Bahan-bahan nya:
2 mangkuk nasi sejuk
2 batang cili hijau*
100gm ikan bilis*
1 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah *
* bahan-bahan ini ditumbuk
1 biji telur dijadikan scramble egg
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara nya:
1. Tumbuk bahan-bahan * tapi jangan terlalu halus.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis yang ditumbuk tadi hingga naik bau dan garing.

3.Bila sudah garing,masukkan nasi dan digaul rata,bubuh garam dan sramble egg tadi.

4. Siap disajikan untuk sarapan pagi atau bila2 waktu yang anda inginkan.

selamat mencuba

Wednesday, January 25, 2012

Salam Salam

Bulan January sudah hampir sampai kepenghujung,hari ini 1Rabiulawal 1433H....bagaimana dengan azam anda? dah bermula ke belum? saya doakan semoga segala impian anda dikabulkan Tuhan...

memotong kayu gunakan kapak
mari disusun dibawah meja
hari ini ku masak campak-campak
sambal telur dan syaur kobis aje..






mesti boring kan? gambar je tak de resepi...apa-apa pun ni lah masakkan yang paling sempoi bagi saya


masak nasi atas api
ambil air dari kolah
kalau anda inginkan resepi
jangan malu jangan segan tanya lah