Saturday, June 30, 2012

Salad Fish Patties

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu...saya doakan agar kalian bahagia disamping keluarga tersayang...hari ini saya ingin berkongsi sejenis salad yang jadi favorite saya sejak akhir2 ni...ia amat mudah dan ringkas...

Untuk resepi kali ini saya 'play chit" sikit,saya menggunakan fish patties yang sedia ada dipasaran...jika anda ingin membuat fish patties sendiri....dipersilakan atau anda bole gantikan dengan bahan2 yang lain...

bahan-bahan yang diperlukan...
10 keping fish patties digoreng dan dihiris 1/2" memanjang


1 biji timun/zucchini dihiris memanjang
1 batang carrot di hiris memanjang
segenggam daun ketumbar dihiris kasar
3 batang chili padi(kalau suka pedas bole tambah,kalau tak mau gunakan pun bole)
1 sudu besar kacang yang dipanggang dan dicincang kasar
2 sudu besar Sweat Thai chili sauce

Cara-cara:
Gaul semua bahan dan gaulkan hingga sebati,kemudian taburkan kacang sebelum menjamu selera..





Selamat mencuba

Monday, June 25, 2012

Udang Taucheo

Salam Sejahtera untuk semua......hari ni saya tampilkan resepi yang simple,
bongkkar dalam petisejuk,cuma ada daging.ayam dan udang je....

dok pikiaq 5-10 minit nak apa masak la ni...nak masak udang sambal...last week baru masak....bukak 'ice box' lagi,ternampak botol taucheo...so masak lah udang taucheo ni....



Bahan-bahan yang diperlukan ia lah..
1/2 kg udang dibuang kulit,tinggalkan ekor saja
2 sudu makan santan pekat(optional)

bahan-bahan untuk dihiris
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
2 ulas bawang putih
5-6 biji lada padi

2 sudu makan taucheo dicuci bersih da ditoskan
1 biji tomato dibelah 6

minyak untuk menumis
sedikit garam jika perlu,jika masakkan tu sudah cukup masin tidak perlu garam.

Cara-cara nya
1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang dihiris hingga layu dan naik bau.

2. Kemudian masukkan udang dan gaul hingga sebati.

3. Selepas itu masukkan taucheo,tomato dan santan,kacau rata.

4. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa,biarkan mendidih seketika.

5. Siap untuk disajikan.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, June 23, 2012

Pecuk Nenas

Assalamualaikum....selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang,untuk entry kali saya ingin berkongsi juadah yang amat ringkas dan mudah...enak dimakan bersama nasi briyani atau nasi2 yang sewaktu dengan nya....mak saya namakan juadah ini pecuk nenas,tapi saya diberi tahu ada yang menyebut jelatah mentah,tapi bagi saya ia seakan-akan salada lah....anyway hopefully anda akan mencuba resepi ini...


Bahan-bahan nya

1 biji nenas yang masak dikupas dan diracik(agak-agak kasar)
1 biji bawang besar yang sederhana besar didadu
1 biji timun dikupas dan didadu(buang tengah)
1 biji lada merah
3 biji cili padi
sedikit garam dan gula secukup rasa




Cara-caranya:

Satukan bahan-bahan diatas perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa anda,if you don't like too spicy,you may omit the chilli.

Semoga anda mencuba...

Friday, June 15, 2012

Nasi Goreng Kampung My Style

Assalamualaikum kepada para pengujung blog saya...dah lama tak update blog,jadi hari ini saya menyajikan masakan yang paling ringkas dan mudah dibuat...Nasi Goreng Kampung My Style.



Bahan-bahan nya:
2 mangkuk nasi sejuk
2 batang cili hijau*
100gm ikan bilis*
1 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah *
* bahan-bahan ini ditumbuk
1 biji telur dijadikan scramble egg
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara nya:
1. Tumbuk bahan-bahan * tapi jangan terlalu halus.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis yang ditumbuk tadi hingga naik bau dan garing.

3.Bila sudah garing,masukkan nasi dan digaul rata,bubuh garam dan sramble egg tadi.

4. Siap disajikan untuk sarapan pagi atau bila2 waktu yang anda inginkan.

selamat mencuba