Thursday, October 8, 2009

Cake Gulung Pelangi










Bahan A

10 biji kuning telur sejuk (disimpan dipeti ais selama 20 minit)
6  biji putih telur
150g gula
100g tepung gandum di ayak
20ml air batu
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh baking powder
pewarna kegemaran anda

Bahan B

80g mentega dicairkan
 

 Cara-Cara nya.


 1.  Semua bahan-bahan A disatukan dan dipukul selama 10minit.

2.  Masukkan mentega cair tadi dan dikacau hingga rata.



3.  Adunan dibahagi kepada 3 bahagian


 4.  Warnakan setiap adunan dengan warna kegemaran,dan dikacau rata.





5.  Masukkan adunan tadi kedalam kelongsong plastik,supaya mudah kita memicitkan adunan kedalam loyang.

5.  Sapukan butter pada loyang pembakar dan dialas dengan kertas.

6.  Picit adunan berselang seli dan dibakar selama 15 minit pada suhu 190C
atau mengikut kepanasan ketuhar anda.

7.  Selepas masak sejukkan sebentar baru digulung. (tapi jangan terlalu sejuk,ia akan membuat kek anda pecah pabila menggulung.


 


8.  Boleh disimpan dipeti ais.




Selamat mencuba