Monday, December 19, 2011

Kek Lapis Betawi


Bahan-bahannya

470gm mentega
15 biji kuning telur
4 biji putih telur
150gm tepung
1 sudu teh vanilli
160gm gula halus
3 sudu kecil rempah kuih
1 sudu teh baking powder

Cara cara nya
1. Pukul mentega dan vanilli hingga putih dan ketepikan

2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit.

3. Masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kental.

4. Sudah itu masukkan adunan mentega,rempah kuih dan tepung sedikit sedikit hingga habis.

5. Masukkan 2 senduk adunan kedalam loyang dan bakar selapis demi selapis hingga habis.

6. Untuk lapisan pertama saya bakar dengan menggunakan api atas bawah,tapi lapisan yang seterus nya saya menggunakan api atas sahaja(grill).Tapi bila lapisan yang terakhir saya menggunakan api atas bawah.

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment