Sunday, December 27, 2009

Udang kari



Bahan bahan nya


1 kilo Udang yang sederhana besar
1 inci halia ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sudu makan rempah kari ikan---dijadikan paste
garam secukup rasa
sedikit daun ketumbar
2 sudu makan santan pekat atau boleh digantikan dengan susu


Cara cara nya
1.  Udang dibersihkan dan digoreng, ketepikan.

2.  Panaskan minyak,tumis paste halia dan bawnag putih tadi hingga wangi.


3.  Masukkan rempah kari tadi dan digoreng hingga masak.


4.  Bubuh santan dan garam dan digaul rata.


5.  Akhir sekali baru masukkan udang tadi,gaul rata dan taburkan dengan daun ketumbar tadi

Monday, December 21, 2009

Nasi Briyani kambing



Bahan bahan nya
1 kilo beras Basmathi------dicuci bersih dan direndam selama 20minit dan di toskan
1 kilo daging kambing atau lembu------dipotong sederhana besar bersama tulang

4 biji bawang besar dihiris
i inci halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
1/2 kilo tomato dikisar
1 sudu makan tomato puree

4 sudu makan rempah briyani----dijadikan paste

2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1 inci kulit kayu manis
daun pudina
daun ketumbar
garam secukup rasa
minyak untuk menumis(jika anda suka boleh gunakan minyak sapi)

pewarna kuning atau sedikit saffron yang direndan didalam air


Cara cara nya
1.  Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang hingga layu,masukkan halia dan bawang putih yang ditumbuk,goreng hingga naik bau.


2.  Masukkan cengkih,buah pelaga,bunga lawang dan kulit kayu manis.


3.  Bila sudah garing masukkan rempah briyani dan digoreng hingga rempah masak.


4.  Masukkan tomato yang dikisar,daging dan tomato puree, gaul kesemua bahan tadi, dan dimasak hingga daging empuk.


5.  Taburkan dengan daun pudina dan daun  ketumbar sebelum diangkat.



Untuk Nasi
1. Didihkan air secukup nya bersama garam,bila air sudah mendidih masukkan beras yang sudah dicuci bersih tadi.

2.  Masak beras tadi hingga separuh masak kemudian dibuang air nya.



3.  Anda bole lah mula melapis nasi dan daging tadi.


4.  Untuk lapisan pertama anda bole bubuhkan lauk tadi pada dasar periuk,kemudian disusuli dengan nasi(this time anda boleh lah renjiskan dengan pewarna kuning atau saffron),lauk dan seterus nya.


5.  Akhir sekali ditabur dengan daun pudina dan daun ketumbar sebelum ditutup periuk untuk proses masak yang sepenuh nya.

HAPPY COOKING

Sunday, December 20, 2009

sabsuka


Bahan bahan nya


1kg tomato yang agak masak
1kg bawang dihiris halus

2 sudu makan tomato puree
200gm daging cincang yang sudah disangrai terlebih dahulu
3 batang cili hijau dipotong kasar
1 pokok daun saderi-----daun dan batang diasingkan

5-6 biji telur
garam secukup rasa



Cara cara nya
1.  Tomato cuci dan dihiris kasar-kasar ketepikan.


2.  Goreng hirisan bawang hingga hampir menjadi bawang goreng.


3.  Masukkan tomato yg dihiris tadi dan dimasak hingga tomato bersatu dengan bawang goreng tadi,
     proses ini memakan masa,tutup kuali jika ingin mempercepatkan proses memasak .


4.  Jika masakkan tadi hampir kering bole lah ditambah dengan sedikit air dan hendak lah dikacau selalu supaya ia tidak berkerak.


5.  Bila tomato dan bawang tadi sebati masukkan garam,tomato puree,lada hijau dan batang daun saderi,masak hingga bahan-bahan tadi layu.

6.   Lobangkan sedikit dan pecahkan telur dan taburkan daging cincang dan daun saderi tadi,tutup periuk hingga telur masak.


   SELAMAT MENCUBA

Ayam Tandoori



Bahan-bahan nya


1 ekor ayam dipotong empat (buang kulit jika suka)
1 inci halia             
3 ulas bawang putih
2 sudu makan rempah tandoori
1 pokok daun ketumbar
sedikit gula dan garam secukup rasa
sedikit pewarna merah dan kuning disatukan


Cara membuat nya


1.  Ayam dibersihkan dan dilumurkan dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk halus.


2.  Hiris daun ketumbar halus dan dicampurkan dengan rempah tandoori tadi dan lumurkan pada ayam bersam dengan perwarna tadi.


3.  Perap ayam selama 1jam.


4.  Dibakar didalam ketuhar 220C selama satu jam atau hingga masak.


5.  Disajikan dengan salad dan potongan lemon

Saturday, December 12, 2009

Beef Steak



  
 Bahan-bahan nya

     1 keping daging kambing atau lembu    
     2 ulas  bawang putih
     sedikit lada hitam kisar
     garam secukup rasa


Untuk Sauce

     3 sudu besar brown sauce
     sedikit kicap

     1 sudu besar lada hitam
     2 sudu besar mentega/margerin   


 p/s: bahan-bahan sayuran ikut citarasa anda


Cara-cara
1. Perap daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 min.
2. Panaskan mentega/margerin masak hingga daging lembut.

3. Ketepikan daging yang dah siap. 
4. [untuk sos] menggunakan kuali yang sama masukkan brown sauce, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. kacau sedikit dan tutup api. (jika nak kan kuah yang agak pekat sikit,bole campurkan dengan sedikit tepung gandum).
Anda bole tapis sos tadi.

 5. Tuang sos atas daging . sedap dimakan bersama dengan sayur rebus.

p/s: untuk membuat mash potato
rebus kentang hingga empuk,selepas itu lenyek kentang tadi bersama dengan sedikit butter dan sedikit susu,gaul bahan tadi hingga rata dan boleh disajikan bersama daging tadi.

 

Friday, December 11, 2009

Nachos with corn beef



Ingredients:
1 can of corn beef of your choice
150gm mozarella cheese
150gm cheddar cheese
1 packet of Nachos
1 medium size of onion


Method
1.  Slice onion thinly
2.  Heat up wok place corn beef,cook a little while,then add slice onion.
3.  Cook till onion turn soft then off the fire.
4.  Place the dish in oven prove ware,sprinkle both cheese together.
5.  Bake into the oven till cheese melted
6.  Then you can have it with nachos


p/s this dish need not salt or other flavouring.

Kuih Koswi



 Bahan-bahan nya

80 g tepung beras

80 g tepung ubi/sagu

100g gula pasir

100 g gula merah /gula melaka

500 g air

1/2 camt air kapur sireh.
 

Cara-cara nya
    1.    Masak air dan gula bila larut tapiskan, biar sejuk sedikit.
    2.    Panaskan kukusan dan panaskan loyang atau mangkuk-mangku kecil sapu sedikit minyak pada acuan tadi    

   3.    Campur semua bahan2 tadi dgn air gula tadi kacau dalam periuk hingga naik wap (hingga adunan tu pekat sedikit sedikit ).
    4.    Tuang dalam loyang atau acuan yang telah dipanaskan, kukus hingga masak.

    5.    Anda bole tambahkan pewarna cokelat jika suka.


Untuk kelapa.
kukus kelapa dengan sedikit garam dan daun pandan

Rendang Daging


  


Bahan:
     1 kg daging [potong ikut suka]
     5 helai daun kunyit
     3 helai daun limau purut
     2 batang serai [ketuk]
     1 inchi lengkuas[ketuk]
     1/2 cawan minyak
     2 cawan santan pekat
     2 s/besar kerisik
     1 s/besar gula merah
     garam




Bahan dimesinkan:
     5 tangkai cili kering + ciliapi 1 mengikut kepedasan sendiri
     3 biji bawang besar
     10 biji bawang merah
     4 biji bawang putih dikisar
     1 inci halia halus
     1 inci lengkuas    
     3 batang serai




Cara membuat:
      1.  Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan yang dimesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
  
      2.  Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
  
      3.  Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat dan daging empuk
  
      4.  Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.


      5.  Biarkan sehingga naik minyak.
  
      6.  Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

Ayam sos plum



Bahan-bahan nya


1 ekor ayam sederhana-potong ikut suka 
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar chilli boh
2 biji bawang putih dicincang
sedikit daun ketumbar


Cara-cara nya
1.  Ayam yang dicuci bersih digoreng separuh masak....ketepikan


2.  Tumis bawang putih hingga wangi,masukkan chili boh,tumis bawang tadi hingga garing.


3.  Masukkan sos plum dan dimasak seketika,tuangkan sedikit air,supaya tidak terlalu pekat.


4.  Akhir sekali baru masukkan ayam tadi,goreng hingga masak,akhir sekali taburkan daun ketumbar.