Friday, December 11, 2009
Rendang Daging
Bahan:
1 kg daging [potong ikut suka]
5 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2 batang serai [ketuk]
1 inchi lengkuas[ketuk]
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam
Bahan dimesinkan:
5 tangkai cili kering + ciliapi 1 mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
3 batang serai
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan yang dimesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
3. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat dan daging empuk
4. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
5. Biarkan sehingga naik minyak.
6. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..