Saturday, February 20, 2010

Rendang Ayam



Bahan bahan nya

1 ekor ayam yang sederhana besar,potong ikut suka
250 ml santan pekat(saya gunakan santan KARA)
4 sudu makan kerisik
2-3 helai daun kunyit (hiris halus2)
beberapa helai daun limau purut
2 batang serai dititik
1/2 inci lengkuas dititik
10 batang cili padi
garam dan gula secukup rasa


Bahan Untuk DiKisar
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas


Cara :
1. Masukkan bahan yang dikisar bersama santan dan lada padi,lengkuas dan serai yang dititik,masak hingga mendidih seketika.

2. Masukkan ayam tadi,masak sehingga ayam hampir empuk baru masukkan kerisik,daun kunyit,daun limau purut dan garam secukup rasa.

Daging rampai




Bahan bahan nya

1/2kg daging batang pinang dihiris nipis.
2 ulas bawang putih--dicincang halus.
1 inci halia--diracik halus
3 batang cili merah---diracik halus(boleh ditambah jika ingin pedas)
1 pokok daun bawang dipotong
1 pokok daun ketumbar dipotong
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara cara nya
1. Panaskan minyak,goreng daging hingga masak,ketepikan.

2. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.

3. Setelah bahan tumisan garing,masukkan daging,gaul rata bubuh garam,bawang dan daun ketumbar,gaul hingga sebati dan padamkan api.

Daging masak kicap


Bahan bahan nya

250gm daging dipotong kecil
3 biji ubi kentang dipotong dan digoreng
1 labu bawang besar di potong bulat
1 camca kecil lada hitam
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia diracik halus
2 batang cili merah dihiris
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap masin
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara memasak
1. Rebus daging hingga empuk dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dikuali goreng kentang hingga masak,
selepas itu goreng bawang besar hanya (seketika sahaja),angkat dan toskan minyak.

3. Dikuali yang sama,gunakan satu sudu makan minyak sahaja,tumis bawang putih,halia dan lada merah hingga layu.

4. Bubuh sedikit air dan masukkan 3 jenis kicap tadi.

5. Masak seketika,baru masukkan lada hitam dan daging bersama air rebusan,masak hingga kuah sebati.

6. Boleh disajikan berserta kentang dan bawang yang digoreng.

p/s:masakkan ini tidak perlu menggunakan garam,tapi bagi anda yang 'kuat masin' boleh bubuh sedikit garam.

Saturday, February 13, 2010

Ayam cili berempah

Bahan-bahan nya
1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong ikut suka
1 sudu besar cili boh
3 sudu rempah kari daging
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
garam secukup rasa

Cara membuat nya


          tumis bawang putih,halia dan cili hingga garing

 
masukkan rempah kari.


goreng semua bahan hingga sebati.


masukkan ayam,gaul sebati,tambah sedikit air dan masak hingga ayam empuk.


siap untuk disaji..


SELAMAT MENCUBA

Monday, February 1, 2010

kek sponge strawberry



Bahan-bahan nya
250gm tepung cake(diayak)
190gm gula halus
50gm mentega cair
5 biji telur (sederhana besar)
50gm air
1 sudu teh vanilla esen
10 biji strawberry (5 biji dibelah 2 dan 5 biji lagi didadu)

Cara-cara nya
1.  Pukul telur,air dan gula hingga kembang dengan kelajuan tinggi selama 10 minit.
2.  Masukkan tepung dan esen vanilla,gaul hinnga sebati.
3.  Lastly baru masukkan mentega cair.
4.  Masak pada suhu 160c,selama 45 minit atau ikut pada ketuhar masing2


Cara membuat cream
1L whip cream(ia didalam kotak,boleh didapati dipasar raya)

gunakan 300mls saja...dan dipukul dengan kelajuan tinggi hingga cream tadi menjadi kental(lebih kurang 10minit).Dan ia siap untuk digunakan.

p/s: kek ini saya buat 2 adunan.
       ketika melapis sapukan cream diatas salah satu atas kek dan ditaburkan
       dengan strawberry yang didadu......selebihnya mengikut creativity masing2

SELAMAT MENCUBA