Saturday, May 29, 2010

mee soup


Bahan-bahan nya
1 kilo mee kuning dicelurkan sebentar
beberapa pokok sawi..dipotong dan dicelurkan sebentar
1 kilo rusuk lembu direbus hingga empuk
2 liter air untuk merebus daging atau air secukup nya
1 sudu makan serbuk lada hitam
garam secukup rasa
bawang goreng
daun bawang atau daun ketumbar untuk hiasan

untuk cili
1/2 cawan kicap cair
10 batang cili padi dihiris
satukan kedua-dua bahan ini

Cara-cara nya
1. Rebus rusuk lembu hingga empuk.

2. Sesudah empuk keluarkan daging rusuk tadi dan tapis kuah nya.

3. Didalam periuk yang lain,didihkan semula daging rusuk dan sup tadi,bubuh garam secukup rasa dan lada hitam.

4. Boleh lah disajikan dengan mee,sayur,bawang goreng dan daun sop atau daun ketumbar tadi.

Selamat mencuba.

Kerutup Daging




Bahan-bahan nya
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar dan dikupas dan dihiris
3 helai daun pandan disimpul
1 kilo daging lembu tanpa lemak dihiris nipis-nipis
750mls santan
2 keping asam gelugur
1 sudu besar gula
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit

Rempah Tumis
2 kuntum bunga lawnag
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2cm kulit kayu manis

Dikisar halus
20-30 tangkai cili kering
200gm bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm halia
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
15-20 biji lada hitam

Cara-cara nya
1. Panaskan minyak,tumis bawang besar dan rempah tumis serta daun pandan hingga wangi.

2. Tambahkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga pecah minyak.

3. Masukkan daging,balik-balikkan hingga daging mengecut.Campurkan santan dan asam gelugur.

4. Renihkan hingga kuah memekat.

5. Bubuh garam,gula kerisik dan tiga suku bahagian daun kunyit.

6. Keluarkan asam gelugur dan daun pandan dan hiaskan dengan selebih daun kunyit dan sajikan bersama ketupat dan lemang.

sumber:sedap nya.....
hidangan kegemaran chef wan.

Apam gula melaka




Bahan-bahan nya

1 cawan air*
100gm gula melaka*
sehelai daun pandan*
masak ketiga-tiga bahan ini dan disejukkan

2 Cawan tepung gandum
2 sudu teh yeast kering
3 sudu besar gula pasir
secubit garam

120gm kelapa putih*
secubit garam*
sehelai daun pandan*
*dikukus

Cara-cara nya
1. Satukan kesemua bahan-bahan termasuk air gula yg telah sejuk tadi,kacau rata.

2. Seeloknya campuran tadi dimasukkan kedalm bekas yang besar.Tutup dan biarkan selama 1jam atau sehingga naik 3x ganda.

3. Sebaik nya adunan ini diletakkan ditempat yang hangat.

4. Tuangkan adunan kedalam acuan yang telah dilengserkan dengan minyak.

5. Biarkan adunan 5-10 minit sebelum dikukus

6. Kukus adunan selama 30-35 minit atau sehingga ia masak (bila dicucuk dengan lidi...dan lidi keluar bersih..menandakan aduna tadi sudah masak).

7. Sajikan dengan kelapa putih yang telah dikukus terlebih dahulu.

Kuih Lompang




Bahan-bahan nya
Bahan A
220gm gula pasir*
300mls air*
1 helai daun pandan*
masak ketiga-tiga bahan ini dan disejukkan

Bahan B
300gm tepung beras
3 sudu makan tepung sagu
750mls air
1/4 sudu teh garam
sedikit warna kegemaran anda

Bahan C
100gm kelapa dibuang kulit dan digaul dengan 1 sudu teh garam dan dikukus bersama sehelai daun pandan.


Cara-cara nya
1. satukan tepung beras,tepung sagu dan garam.....gaul rata

2. tuang air gula dan 750mls air tadi dan dikacau hingga rata,pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titiskan warna kegemaran anda dan dikacau rata.

4. Sementara itu,panaskan kukusan dan acuan sebentar.

5. Tuangkan adunan kedalam acuan dan kukus selama 20 minit

6. Sajikan dengan kelapa kukus.

Monday, May 10, 2010

Udang Masam Manis

Bahan-bahan nya.

1/2 kilo udang sederhana besar dicuci bersih dan digoreng sebentar.
1 cawan tomato sauce*
1/2 cawan cili sauce*
2 sudu makan plum sauce*
2 sudu makan oyster sauce*
* disatukan dalam mangkuk.

sedikit daun ketumbar untuk ditabur

2 ulas bawang besar dicincang
1/2 inci halia di hiris.

minyak untuk menumis dan menggoreng udang tadi

Cara-cara nya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.

2. Masukkan bahan-bahan sauce yang disatukan,masak seketika.

3. Masukkan udang yang digoreng tadi masak hingga udang masak dan taburkan daun ketumbar sebelum disajikan.

p/s: masakkan ini saya tidak menggunakan garam...kerana garam dari bahan-bahan sauce tadi sudah mencukupi,tapi ini terpulang pada selera dan citarasa masing-masing.

Sambal Tumis Kerang


Bahan-bahan nya.

1 kilo kerang direbus,dibersihkan dan ditos.

30 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
sedikit belacan*
*bahan-bahan ini dikisar halus
2 helai daun pandan
air asam
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit air

Cara-cara nya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing.

2. Masukkan daun pandan tadi dengan sedikit air,didihkan seketika.

3. Masukkan kerang yang telah direbus tadi,bubuh garam air asam dan gula secukup rasa.

Nasi Goreng my style



Bahan-bahan nya

1 mangkuk nasi sejuk
3 tangkai cili padi dihiris (jika ingin pedas bole ditambah)
2 ulas bawang putih (di cincang halus)
1 genggam ikan bilis yang halus (dicuci bersih dan digoreng sebentar)
sedikit kicap pekat
garam secukup rasa

Cara-cara nya.
1. Tumis cili padi dan bawang putih hingga garing.

2. Bubuh sedikit air,kicap pekat tadi dan garam secukup rasa.

3. Akhir sekali, masukkan nasi,ikan bilis yaang digoreng tadi dan digaul rata.

4. siap untuk disajikan.

p/s: nasi goreng ni anda bole pelbagaikan,bole dicampur dengan sayur campur,telur dadar,daging hirisan atau pun seafood kegemaran anda.