Friday, July 16, 2010

Ayam bakar bermadu


Bahan-bahan nya

1 ekor ayam yang sederhana besar(dipotong 4)
3 sudu makan cili boh(jika suka pedas boleh ditambah)
1/2 biji lemon diambil jus
3 sudu makan madu
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
garam secukup rasa
aluminium foil

Cara-caranya
1. Gaul ayam dengan bahan-bahan diatas hingga rata.

2. Perap selama 3 jam.

3. Bubuh ayam dimangkuk tahan panas bersama dengan bahan-bahan rempah tadi,dan tutup mangkuk dengan aluminium foil.

4. Bakar ayam selama 1jam atau sehingga ayam 3/4 masak.

5. Remove the aluminium foil.

6. Panggang ayam sehingga garing dan kuah nya kering sedikit.


p/s:ketika anda menutup mangkuk dengan aluminium foil pastikan ayam jangan terlalu masak kerana ayam akan mengeluarkan air yang banyak during cooking process,jika anda dapati kuah nya terlalu banyak,asingkan kuah tadi kedalam periuk lain dan pekatkan diatas api