Sunday, April 17, 2011
soup tulang rusuk
untuk bahan A
1kg tulang rusuk(lembu atau kambing)
2Litre air atau lebih(untuk merebus)
1 batang leaks dihiris serong
1 batang carrot potong ikut suka
3 biji kentang dipotong 4
sedikit daun saderi dan bawang goreng
garam secukup rasa
1 sudu makan lada putih(pepper)
bahan B
1 biji bawang besar dihiris
1 biji bawang besar*
1/2" halia*
*dua bahan ni ditumbuk halus
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara nya
1. Bersihkan tulang rusuk dan direbus dengan air yang secukup nya hingga hampir empuk.
2. Masukkan kentang,carrot masak hingga empuk.
3. Sementara menunggu kentang dan carrot tadi empuk,panaskan minyak dikuali yang lain,tumis bahan-bahan B hingga garing,kemudian tuangkan kedalam periuk rebusan daging tadi.
4. Lastly masukkan leaks,pepper dan garam secukup rasa.
5. Taburkan bawang goreng dan daun saderi sebelum menghidang.
*soup ni rasa "ringan" kerana tidak menggunakan rempah.Tapi jika anda suka rasa yang berempah anda boleh ubah suai resepi ni
HAPPY COOKING