Saturday, May 7, 2011
sayur campur
Bahan-bahan nya
5 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu makan sos abalone
1 camca teh lada putih
garam secukup rasa
1 pokok brokoli..dicelur seketika
1 biji lada benggala merah..dipotong ikut suka
1 biji lada benggala kuning..dipotong ikut suka
1 batang lobak merah dihiris kasar
5 keping cendawan shitaki yang kering di rendam dalam air dan dihiris
anda bole menggunakan jenis sayuran lain seperti jagung muda,kacang pea dan sayur kailan.
Cara-caranya
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan sedikit air
2. Kemudian masukkan sos abalone dan lada putih,kacau rata
3. Masukkan hirisan lobak merah bila separuh masak masukkan sayuran yang lain.
4. Masak hingga semua sayur masak (jangan masak terlalu lama,kerana ia akan menghilangkan kerangupan sayur tadi)
5. Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum menghidang..
SELAMAT MEMASAK