Wednesday, December 28, 2011

Kari Bombay

Bahan-bahannya
500gm daging dipotong ikut suka
minyak untuk menumis dicampur dengan 1 sudu besar minyak sapi

Bahan-bahan dikisar halus.
20 batang cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan ketumbar
1/2 sudu makan jintan putih
1/2 sudu makan jintan kasar
1 sudu teh kunyit serbuk

bahan-bahan lain
1 labu bawang besar dihiris
2 batang lada hijau dibelah dua
2 biji tomato dibelah 2-4
2 pokok daun ketumbar
2 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak,tumis bawang hingga layu.

2. Masukkan biji sawi daun pandan dan daun kari.

3. Masukkan rempah dan tumis hingga garing.

4. Kemudian masukkan daging dan air secukupnya dan kacau rata.

5. Masak hingga daging hampir empuk masukkan kentang,lada hijau dan daun ketumbar.

6. Bila hampir masak,masukkan tomato dan siap untuk disajikan

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, December 27, 2011

Ayam Bakar Berempah

Bahan bahannya

1 ekor ayam dipotong sederhana
3 keping daun pisang berukuran 6x12 inci(bibersihkan dan dilayukan,supaya mudah untuk membungkus)
3 helai aluminium foil

Bahan yang dikisar
40 batang cili kering
4 ulas bawan putih
2 biji bawang merah
1 inci halia
2 batang serai
4cm lengkuas
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk jintan kasar
150gm kelapa parut putih
3 helai daun limau purut

garam secukup rasa
sedikit gula merah
air asam jawa
dan minyak untuk menumis

Cara caranya
1. Panaskan minyak,tumis bahan kisar.

2 Masukkan garam gula dan air asam jawa,gaul hingga masak.

3. Lapiskan aluminium foil dengan daun pisang.Bubuh sedikit sambal dan ratakan.

4.Letakkan ayam dan bubuh sambal diatasnya.

5. Bungkus dengan daun pisang diikuti dengan aluminium foil.

6. Bakar dalam oven dengan suhu 220C selama 45 minit atau sehingga ayam empuk.

Sunday, December 25, 2011

Butter cookies

Dah banyak saya berkongsi recipe untuk kali ini,macam terlebih rajin pulak...harap-harap anda sudi untuk mencuba recipe saya ni...

Ini lagi satu recipe yang diberi oleh salah seorang teman baik saya yang sedap dan mudah dibuat.

Jika anda ingin mencuba,anda boleh pelbagaikan bahan-bahan sampingan untuk mempelbagaikan lagi biskut anda....

Bahan bahannya
180gm icing sugar
240gm butter
90gm corn flour
270gm plain flour
1 egg
1/2 teaspoon baking powder
1 teaspoon nescafe(optional)

Method
1. Sieve corn flour,plain flour and baking powder together.

2. Beat icing sugar and butter till slightly creamy.

3. Then add in egg and mixed well

4. Add corn flour,plain flour,baking powder and nescafe into the bowl and mixed well.

5. You can use cookies cutter to mold the cookies.

6. Bear in mind that the dough is very soft,if you don't wish to use the cookies cutter,you can use spoon in other words dropping method.

7. Bake in the oven temperature 180C for 15-20 minutes(temperature is pending on individual oven)



TO NOTE
seperti yang saya nyatakan diatas,anda boleh add other bahan sampingan seperti kekacang(almond,cashew nut,peanut,walnut and hazelnut),beside the nuts you can add mixed fruit,lemon zest or orange zest,it's all your flavor.

As picture shown,I add cashew nuts,peanuts and almond.

Ayam Madras

Bahan bahan nya

1 ekor ayam dipotong kecil
(saya campurkan sedikit ayam tanpa tulang)
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk jintan kasar
1 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan lada hitam*
2 sudu makan cili serbuk*
(*boleh dikurangkan jika tak suka pedas)
3 tangkai daun kari
20 tangkai cili kering digunting 1-2 inci panjang
1 inci halia dihiris halus
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara caranya

1. Tumis halia hingga naik bau,masukkan kesemua bahan-bahan yang lain termasuk ayam.

2. Masak dengan menggunakan api kecil sehingga ayam empuk dan kuah memekat.

HIDANGAN INI TIDAK BERKUAH.........HAPPY COOKING

Beef Chop

Bahan-bahan nya

500kg daging lembu

dikisar halus
3 batang lada hijau
3 batang lada merah
3cm halia
4 ulas bawang putih
1 camca besar serbuk lada
1 biji bawang besar
2 biji tomato(yang sederhana besar)
3 tangkai daun ketumbar
garam secukup rasa

Bahan untuk menumis
1 labu bawang besar yang dihiris nipis
4 bij buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis

minyak untuk menumis

Cara-Cara nya
1. Perap daging dengan bahan-bahan yang dikisar halus selama 15 minit

2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan menumis hingga naik bau dan garing.

3. Masukkan daging tadi dan tambah dengan sedikit air,masak daging hingga empuk dan kuah memekat.

Nasi Harisa

Bahan-bahan

500kg beras basmathi dicuci dan direndam selama 15minit,kemudian ditoskan
air mengikut padat beras dan lebihkan 100ml of water(untuk memasak nasi)
200gm lobak yang diparut kasar dan digaul dengan beras tadi

bahan yang ditumbuk halus
3cm halia
4 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan halus

bahan yang dikisar
4 batang lada hijau
3 pokok daun ketumbar

bahan tumisan
1 labu bawang besar dihiris nipis
1 jari kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

garam secukup rasa
bawang goreng untuk hiasan
segenggam daun ketumbar
minyak untuk menumis

Cara-Cara nya
1. Beras dicuci bersih,toskan dan digaul dengan lobak merah.

2. Panaskan minyak tumis bawang hirisan hingga layu,kemudian masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang tumis hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan bahan2 yang ditumbuk halus(halia,bawang putih dan jintan halus)

4. Bila sudah agak garing masukkan bahan2 kisar(daun ketumbar dan cili hijau).

5. Masak hingga semua bahan tumisan garing dan bubuh air untuk memasak nasi,tunggu hingga air tadi mendidih.

6. Bila air sudah mendidih,masukkan beras yg telah digaul bersama lobak merah tadi,bubuh garam secukup rasa.

7. Tanak nasi hingga masak,sebelum disajikan taburkan daun ketumbar dan bawang goreng.

selamat mencuba

Bingka Ubi

Bahan bahan nya

500gm ubi parut
100gm kelapa parut(kelapa putih)
200gm gula pasir(bole dikurangkan atau dilebihkan ikut citarasa anda)
1 biji telur
150mls santan pekat
50gm minyak sapi
sedikit mentega
sedikit pewarna kuning
loyang 7x7

Cara nya

1. Satukan semua bahan-bahan diatas melainkan mentega.

2. Kacau hingga semua bahan sebati.

3. Masukkan adunan kedalam loyang dan bubuh sedikit mentega diatas adunan tadi.

4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 selama 45 minit

Ayam tomato puree

Bahan bahan nya

1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong 12)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 sudu makan tomato puree
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh lada serbuk
1 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk kunyit
150mls santan
5 biji tomato cherry warna kuning
5 biji tomato cherry warna merah
garam secukup rasa
2 pokok daun ketumbar
2 biji lada hijau yang dibelah dua

ditumbuk halus
7 biji bawang putih
1 inci halia


1. Tumis bawang hingga kuning,masukkan bahan yang ditumbuk halus.

2. Bila sudah garing masukkan serbuk ketumbar,lada serbuk dan kunyit serbuk.

3. Masukkan sedikit air supaya rempah tadi tidak hangus atau hangit.

4. Masukkan ayam,masak bersama dengan rempah tadi sebentar.

5. Selepas 5-8 minit masukkan santan,tomato puree,garam,tomato,sebahagian dari daun ketumbar,lada hijau dan garam masala,masak hingga kuah memekat dan ayam empuk.

6. Semasa menghidang taburkan daun ketumbar.



HAPPY COOKING........

p/s...saya lampirkan 2 gambar yang berbeza kerana saya memasak dua hari berturut2

Monday, December 19, 2011

Kek Lapis Betawi


Bahan-bahannya

470gm mentega
15 biji kuning telur
4 biji putih telur
150gm tepung
1 sudu teh vanilli
160gm gula halus
3 sudu kecil rempah kuih
1 sudu teh baking powder

Cara cara nya
1. Pukul mentega dan vanilli hingga putih dan ketepikan

2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit.

3. Masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kental.

4. Sudah itu masukkan adunan mentega,rempah kuih dan tepung sedikit sedikit hingga habis.

5. Masukkan 2 senduk adunan kedalam loyang dan bakar selapis demi selapis hingga habis.

6. Untuk lapisan pertama saya bakar dengan menggunakan api atas bawah,tapi lapisan yang seterus nya saya menggunakan api atas sahaja(grill).Tapi bila lapisan yang terakhir saya menggunakan api atas bawah.

SELAMAT MENCUBA


Daging Purba

Bahan bahan nya

500gm daging lembu atau daging kambing
2 sudu makan tomato puree
2 sudu makan minyak sapi bersama dengan sedikit minyak masak
4 sudu makan rempah bokhari atau anda boleh menggunakan rempah briyani

bahan bahan di kisar atau ditumbuk halus
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2cn halia

Cara-caranya
1. Daging dipotong kecil-kecil,gaul bahan yang ditumbuk halus bersama rempah briyani dan diperap selama 2-3 jam(lebih lama lagi baik)

2. Panaskan minyak dan tumis daging tadi,biarkan sebentar.

3. Masukkan tomato puree dan dimasakkan hingga kering.

4. Masak hingga daging empuk.