Sunday, August 1, 2010

kek Pandan chiffon



Bahan bahan nya
8 biji telur(asingkan putih dan kuning)
8 oz gula pasir
8 oz tepung gandum
5 oz air pandan(daun pandan yang dikisar halus dan diambil air)
3 oz minyak jagung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil cream of tartar
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh vanilla
*anda bole gantikan air pandan kepada pandan paste

Cara-cara nya
1.Masukkan kuning telur,tepung gandum,vanilla,garam,baking powder dan 1/2 bahagian gula kedalam mangkuk dan kacau rata.

2.Masukkan minyak jagung dan air pandan dan dikacau hingga sebati,ketepikan

3.Pukul putih telur bersama cream of tartar dan masukkan gula sedikit demi sedikit,pukul hingga kental.

4.Masukkan adunan putih telur kedalam adunan tepung dan digaul hingga sebati.

5.Tuang kedalam acuan chiffon dan bakar hingga masak

6.Tempreture 170C-180C,bakar selama 40-45 minit

HAPPY BAKING

Please note:adunan ini agak muai,jadi saya menggunakan acuan empat persegi kerana acuan chiffon saya agak kecil.