Saturday, February 20, 2010

Daging masak kicap


Bahan bahan nya

250gm daging dipotong kecil
3 biji ubi kentang dipotong dan digoreng
1 labu bawang besar di potong bulat
1 camca kecil lada hitam
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia diracik halus
2 batang cili merah dihiris
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap masin
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara memasak
1. Rebus daging hingga empuk dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dikuali goreng kentang hingga masak,
selepas itu goreng bawang besar hanya (seketika sahaja),angkat dan toskan minyak.

3. Dikuali yang sama,gunakan satu sudu makan minyak sahaja,tumis bawang putih,halia dan lada merah hingga layu.

4. Bubuh sedikit air dan masukkan 3 jenis kicap tadi.

5. Masak seketika,baru masukkan lada hitam dan daging bersama air rebusan,masak hingga kuah sebati.

6. Boleh disajikan berserta kentang dan bawang yang digoreng.

p/s:masakkan ini tidak perlu menggunakan garam,tapi bagi anda yang 'kuat masin' boleh bubuh sedikit garam.