Sunday, December 25, 2011

Ayam tomato puree

Bahan bahan nya

1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong 12)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 sudu makan tomato puree
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh lada serbuk
1 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk kunyit
150mls santan
5 biji tomato cherry warna kuning
5 biji tomato cherry warna merah
garam secukup rasa
2 pokok daun ketumbar
2 biji lada hijau yang dibelah dua

ditumbuk halus
7 biji bawang putih
1 inci halia


1. Tumis bawang hingga kuning,masukkan bahan yang ditumbuk halus.

2. Bila sudah garing masukkan serbuk ketumbar,lada serbuk dan kunyit serbuk.

3. Masukkan sedikit air supaya rempah tadi tidak hangus atau hangit.

4. Masukkan ayam,masak bersama dengan rempah tadi sebentar.

5. Selepas 5-8 minit masukkan santan,tomato puree,garam,tomato,sebahagian dari daun ketumbar,lada hijau dan garam masala,masak hingga kuah memekat dan ayam empuk.

6. Semasa menghidang taburkan daun ketumbar.



HAPPY COOKING........

p/s...saya lampirkan 2 gambar yang berbeza kerana saya memasak dua hari berturut2

No comments:

Post a Comment