Tuesday, September 15, 2009

Honey Cornflakes



Bahan-bahan nya


1 kotak besar cornflakes(500gm)
125gm mentega
1 cawan madu
acuan mangkuk kertas secukup nya



Cara membuat nya


1.  Cairkan mentega terlebih dahulu,biarkan sejuk seketika, kemudian baru campurkan dengan madu.


2.  Gaul rata kedua-dua bahan tadi hingga sebati.

3.  Masukkan cornklakes tadi sedikit demi sedikit dan digaul rata.


4.  Kemudian masukkan kedalam acuan kertas dan dibakar selama 10 minit dalam kepanasan 170C.


       Selamat Mencuba

Mee Soto



Bahan-bahan nya


1 ekor ayam
1 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih *

1 inci halia *
* 2 bahan ini ditumbuk halus
2.5 litre air

 5 sudu makan rempah soto
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

2 helai daun pandan
2 batang serai dititik
1 inci lengkuas dititik
minyak untuk menumis
garam secukup rasa


Bahan Taburan

200 gm taugeh yang dicelur
daun sop dan daun bawang 
bawang goreng
daging ayam yang disiat-siat
bagedil
sambal cili padi




Cara membuat nya
1.  Bersih kan ayam dan direbus dengan 2.5litre air,masukkan daun pandan,serai,lengkuas,kulit kayu manis dan buah pelaga.


2. Masak hingga mendidih.



3.  Dikuali yang lain,panaskan minyak tumis bawang hirisan dan halis bawang putih yang ditumbuk,goreng hingga naik bau,masukkan rempah tadi dan digoreng hingga rempah tadi betul-betul masak,bubuh sedikit air dan kacau hingga sebati.


4.  Masukkan bahan tumisan tadi kedalam periuk rebusan ayam.Masak hingga ayam masak.


5.  Keluarkan ayam tadi dari periuk dan disiat-siat isi nya.




Untuk sambal
satu genggam cili padi(sebaik-baik nya cili padi direbus bersama sop ayam tadi)
2 ulas bawang putih


Tumbuk kedua-dua bahan tadi hingga lumat dan bubuh sedikit air panas.




 
Soto Ayam

 Bee Hoon Soto

Sunday, September 13, 2009

Buah Rotan

Buah Rotan atau kuih Redan atau ada yang memanggil nya Keciputan.....rupanya tetap sama.


Bahan-bahan nya.
 3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan air
bijan secukup nya



Cara-cara nya
1. Tepung pulut digaul dengan telur dan gula,kemudian diuli dengan air sehingga adunan tadi lembut dan boleh dibentukkan.


2. Taburkan bijan diatas dulang.


3. Bulatkan adunan tadi kecil-kecil dan digolekkan diatas bijan yang disediakan tadi.


4. Buat sehingga adunan tadi habis,rehatkan seketika baru digoreng sedikit demi sedikit hingga kekuningan.

Kuih Tart Nanas




Bahan-bahan nya.

650gm tepung (diayak)
250gm mentega *
2 sudu makan margerin *
1 sudu makan minyak sapi (jika tidak menggemari,tak perlu bubuh)*
* ketiga-tiga bahan ini disatukan dan dicairkan,biarkan seketika.
1 biji telur ayam


Cara-cara nya
1. Gaul telur tadi bersama tepung hingga rata.


2. Satukan bahan lemak tadi (*) dan di uli hingga sebati,atau sehingga adunan tadi tidak melekat dimangkuk pengadun,sekira nya adunan tadi lembik,boleh ditambah dengan sedikit tepung


3. Dan rehatkan sebentar...baru diterap,seperti membuat tart biasa,bubuh inti nenas dan dibakar 



Untuk inti nenas
Bahan-bahan nya.
2 biji nenas
600 gm gula pasir
sedikit minyak makan



Cara-cara nya
1. Kupas nenas dan keluarkan matanya.


2. Sagat nenas hingga habis dan dimasak diatas api bersama gula,dan dikacau supaya tidak hangit.


3. Bila nenas tadi masak,boleh lah di bubuh sedikit minyak makan supaya ia cantik pabila dibakar dan tidak terlalu keras.


Friday, September 4, 2009

Spicy Aglio Olio Udang




Bahan-bahan nya

1/2 pkt Linguine (direbus)
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan lada hitam(boleh ditambah jika suka)
5 tangkai lada padi dihiris halus
200gm udang yang sederhana besar
garam secukup rasa

Cara-cara nya

1. Panaskan minyak zaitun,tumis bawang putih hingga layu (jangan sampai garing).Kemudian masukkan lada padi tadi,goreng seketika.

2. Masukkan udang,masak udang hingga berubah warna..baru masukkan linguine,lada hitam dan garam secukup rasa,gaul bahan-bahan tadi hingga rata dan dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA


p/s: jika anda tidak menggemari linguine,boleh digantikan dengan pasta yang lain atau macroni,terpulang pada selera anda....

Cake Marble



CAKE MARBLE

Bahan-bahan nya

4 biji kuning telur.
8 biji putih telur.
170gm gula.
250gm tepung gandum (diayak terlebih dahulu).
50gm air sejuk.
1 sudu teh essen vanilla.
1 sudu makan ovallete.
1 sudu teh baking powder.
200gm mentega cair.
1 sudu makan serbuk cokelat emulco.

Cara-cara nya.

1. Satukan kuning telur,putih telur,gula,tepung gandum,air,ovallete dan baking powder kemudian di pukul hingga pekat.

2. kemudian masukkan mentega cair,essen vanilla dan kacau adunan tadi hingga rata.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Satu adunan dibiarkan tanpa warna dan satu lagi dibubuh cokelat emulco.

4. Sediakan acuan yang sudah lenserkan dengan sedikit mentega.

5. Tuang kan adunan tadi berselang seli hingga habis.Setelah itu boleh lah dibakar.


HAPPY BAKING

Ayam Goreng curry


AYAM GORENG

RESEPI INI PALING MUDAH DI BUAT....KHUSUS UNTUK SURI RUMAH YANG BEKERJA...PENYEDIAAN BOLEH DIBUAT AWAL. SELAMAT MENCUBA.


Bahan-bahan nya

1 ekor ayam dipotong ikut suka.
2 sudu besar rempah kari daging.
4 sudu besar tepung jagung.
sedikit garam
Bagi mereka yang suka pedas bole ditambah dengan serbuk cili.

Cara-cara nya

1. Ayam dicuci bersih dan ditoskan.

2. Masukkan rempah kari,tepung jagung,garam dan ayam tadi kedalam plastic bag,di goncang hingga bahan-bahan rata pada keseluruhan ayam,dan boleh lah disimpan dalam peti sejuk sebelum menggoreng nya.

Cream Puff





Bahan-bahan nya

2 oz mentega
125ml air
2 oz tepung gandum biasa yang sudah di ayak
2 eggs di kocok lepas

Cara-cara nya

1. bubuh mentega dan air di dalam periuk dan masak kedua-dua bahan tadi hingga mentega cair pada api yang sederhana.

2. Bila agak sedikit mendidih,angkat dari api dan masukkan tepung gandum tadi dan dikacau hingga rata,sehingga adunan tadi tidak melekat diperiuk.

3. Biarkan sejuk seketika,alihkan adunan tadi kemangkunan adunan yang lain,kemudian masukkan telur yang dikocok tadi (boleh digunakan electric mixer) kacau adunan tadi sehingga menjadi texture yang lembut,tapi pastikan adunan itu tidak cair (ia bergantung pada saiz telur tadi....kerana jika saiz telur anda agak besar usah semuakan telur tadi)

4. Bentuk kan adunan diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 150 C selama 10-20 minit (kepanasan ketuhar terpulang pada ketuhar anda...saya selalu menggunakan suhu yang agak tinggi ia itu 180-200C)


P/S..
Untuk inti anda boleh ubah suaikan dengan cita rasa anda
anda boleh isikan dengan inti daging,ayam,fresh cream atau sos kastard seperti yang dalam gambar ini



Sos kastard (inti)


Bahan-bahan nya
500mls susu (terpulang pada susu kegemaran anda)
1 sudu  makan tepung gandum
4 sudu makan tepung kastard
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh vanilla esen
1 biji kuning telur


Cara membuatnya:
1.  Satu kan tepung gandum dan tepung kastard dan kacau bersama sedikit air.


2.  Masukkan juga kuning telur,kacau rata dan ketepikan.


3.  Masak susu tadi bersama gula dan biarkan hingga gula larut.Apabila sudah agak panas masuk kan bancuhan tepung tadi.Kacau terus jangan biarkan ia bergentil.


4.  Kacau terus hingga betul-betul pekat,barulah masuk kan esen vanilla.


5.  Apabila sudah siap barulah diisi kedalam puff pastry tadi.

Ayam Berlado






Bahan-bahan nya

1 ekor ayam yang sederhana dipotong kecil.
15-20 biji lada merah dibuang biji.*
4 ulas bawang putih.*
*dua bahan ini hendak lah dikisar,jangan terlalu halus.
garam secukup rasa.
minyak untuk menumis.

Cara-cara nya

1. Cuci ayam bersih,lumur dengan sedikit garam dan digoreng separuh masak,ketepikan.

2. Panaskan minyak,tumis bahan yang dikisar tadi hingga garing,tuangkan sedikit air (sedikit saja),bubuh garam dan masukkan ayam yang digoreng tadi,masak hingga ayam tadi masak dan dihidangkan.

Thursday, September 3, 2009

Linguine salmon bersama sos putih



Bahan-bahan nya

1 pkt linguine direbus
25o gm ikan salmon dikukus sebentar
400 ml susu (ikut suka jenis susu)
3 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar didadu
1 susu teh lada hitam
2 helai daun salam
2 sudu teh tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
garam secukup rasa
sedikit mentega untuk menumis
sedikit oregano untuk taburan.


Cara-caranya

1. Panaskan mentega,tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan bawang besar yang dicincang,tumis hingga layu sahaja.

2 Tuangkan susu,masak seketika,bubuh lada hitam dan daun salam,bole ditambah dengan sedikit air jika suka atau ingin berkuah.

3. jangan biarkan susu tadi terlalu mendidih,masukkan garam secukup rasa dan air bancuhan tepung tadi,kacau hingga sebati dan mendidih seketika.

4. Akhir sekali baru masukkan linguine tadi dan digaul rata...sebelum dihidangkan.

5. Semasa dihidang,taburkan sedikit oregano.

Mee Bakso



Bahan-bahan nya.

1/2kg daging cincang(di bulat-bulatkan)

1 kilo mee kuning dicelur sebentar
sawi di celur
kobis di hiris tipis juga di celur

untuk kuah nya
1 labu bawang besar *
2-3 ulas bawang putih *
sedikit halia *
* ditumbuk halus
1 batang serai dititik
1 inci lengkuas dititik
1 sudu makan lada hitam(boleh ditambah jika suka)
1 sudu teh lada putih
2L air
garam secukup rasa
1 kiub pati lembu(optional)

untuk sambal kicap
1 genggam cili padi
3 ulas bawang putih (bahan-bahan ini ditumbuk halus)
1 cawan kicap manis atau secukup nya
sedikit air limau kasturi jika suka

Cara-cara nya

1. panaskan minyak,tumis bahan-bahan yang ti tumbuk dan yang dititik tadi,tumis hingga naik bau.

2. masukkan air,lada hitam,lada putih,garam dan beef cube,dan didihkan seketika.

3. untuk penyedian bubuh mee yang telah dicelur terlebih dulu,bersama sayur-sayuran tadi,taburkan sedkit bawang goreng dan cili serta sedikit campuran tomato dan cili sauce..

selamat mencuba..