Friday, September 4, 2009

Cream Puff





Bahan-bahan nya

2 oz mentega
125ml air
2 oz tepung gandum biasa yang sudah di ayak
2 eggs di kocok lepas

Cara-cara nya

1. bubuh mentega dan air di dalam periuk dan masak kedua-dua bahan tadi hingga mentega cair pada api yang sederhana.

2. Bila agak sedikit mendidih,angkat dari api dan masukkan tepung gandum tadi dan dikacau hingga rata,sehingga adunan tadi tidak melekat diperiuk.

3. Biarkan sejuk seketika,alihkan adunan tadi kemangkunan adunan yang lain,kemudian masukkan telur yang dikocok tadi (boleh digunakan electric mixer) kacau adunan tadi sehingga menjadi texture yang lembut,tapi pastikan adunan itu tidak cair (ia bergantung pada saiz telur tadi....kerana jika saiz telur anda agak besar usah semuakan telur tadi)

4. Bentuk kan adunan diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 150 C selama 10-20 minit (kepanasan ketuhar terpulang pada ketuhar anda...saya selalu menggunakan suhu yang agak tinggi ia itu 180-200C)


P/S..
Untuk inti anda boleh ubah suaikan dengan cita rasa anda
anda boleh isikan dengan inti daging,ayam,fresh cream atau sos kastard seperti yang dalam gambar ini



Sos kastard (inti)


Bahan-bahan nya
500mls susu (terpulang pada susu kegemaran anda)
1 sudu  makan tepung gandum
4 sudu makan tepung kastard
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh vanilla esen
1 biji kuning telur


Cara membuatnya:
1.  Satu kan tepung gandum dan tepung kastard dan kacau bersama sedikit air.


2.  Masukkan juga kuning telur,kacau rata dan ketepikan.


3.  Masak susu tadi bersama gula dan biarkan hingga gula larut.Apabila sudah agak panas masuk kan bancuhan tepung tadi.Kacau terus jangan biarkan ia bergentil.


4.  Kacau terus hingga betul-betul pekat,barulah masuk kan esen vanilla.


5.  Apabila sudah siap barulah diisi kedalam puff pastry tadi.