Thursday, September 3, 2009

Linguine salmon bersama sos putih



Bahan-bahan nya

1 pkt linguine direbus
25o gm ikan salmon dikukus sebentar
400 ml susu (ikut suka jenis susu)
3 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar didadu
1 susu teh lada hitam
2 helai daun salam
2 sudu teh tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
garam secukup rasa
sedikit mentega untuk menumis
sedikit oregano untuk taburan.


Cara-caranya

1. Panaskan mentega,tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan bawang besar yang dicincang,tumis hingga layu sahaja.

2 Tuangkan susu,masak seketika,bubuh lada hitam dan daun salam,bole ditambah dengan sedikit air jika suka atau ingin berkuah.

3. jangan biarkan susu tadi terlalu mendidih,masukkan garam secukup rasa dan air bancuhan tepung tadi,kacau hingga sebati dan mendidih seketika.

4. Akhir sekali baru masukkan linguine tadi dan digaul rata...sebelum dihidangkan.

5. Semasa dihidang,taburkan sedikit oregano.