Saturday, August 7, 2010

Ayam Lada Hitam



Bahan-bahan nya
1 ekor ayam dipotong ikut suka dan dibersihkan
1 biji bawang merah dipotong 4
1 ulas bawang putih dicincang
sedikit halia dihiris
1 pokok daun bawang(dipotong 1" memanjang)
1 sudu teh tepung jagung digaul dengan 1/2 cawan air
minyak untuk menggoreng.

untuk sos
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh kicap pekat
1/2 sudu teh kicap masin

Cara cara nya
1. Satukan bahan bahan sos dan ketepikan

2. Goreng ayam hingga warna keemasan,ketepikan.

3. Menggunakan kuali yang sama(tapi kurangkan minyak),tumis bawang putih dan halia hingga wangi.

4. Masukkan sos yang disiapkan awal tadi,masak hingga mendidih.

5. Masukkan ayam,bawang merah dan air tepung jagung dan masak seketika.

6. Sebelum matikan api,masukkan daun bawang dan siap untuk disajikan

Anda juga bole menggunakan sayuran yang anda gemari.

Sunday, August 1, 2010

Mango salad



Ingredients
1 unripe mango
3 shallots sliced
1/2 cup coriander leaves(chopped)
2 tbsp roasted peanut roughly chopped
100gm dried prawn wash,rinse and roasted
1 fresh-cut red chili(optional)

For salad dressing
1 tbsp fish sauce
1/2 or whole lime
1 tbsp or more palm sugar
1 tbsp of hot chili
1 tbsp vinegar


Method
1. Grate the flesh of the mangoes into a mixing bowl.

2. Add shallot,dried prawn and chopped peanut

3. Pour the dressing and toss lightly



for dressings
Add chili,sugar,vinegar,fish sauce and lime juice,stir till the sugar dissolve

p/s:can add roasted coconut to the salad if desired

Tom Yam chicken


Ingredients
450gm chicken meat(diced or sliced)
500mls chicken stock
100gm button mushroom(sliced half)
1 stalk of lemon grass, crushed and cut into short pieces
15 crushed hot chilies
4 shallots(sliced)
3 thin slices of Galangal (Blue ginger)
5 kaffir lime leaves
2 tbsp coriander leaves
2 tbsp lime juice
1 tbsp fish sauce

Method
1. Place the chicken stock in a pot over medium heat and add the lemon grass, kaffir lime leaves torn into pieces and chilies.

2. When the water has come to a good boil, add the diced chicken and the mushrooms.

3. Add fish sauce and lime juice to taste, sprinkle with coriander leafs, and serve hot.

*To enhance the flavour, sometimes Nam Phrik Phao (roasted chilli paste) is added into the soup before it is removed from the heat.
recipe at side bar

HAPPY COOKING

kek Pandan chiffon



Bahan bahan nya
8 biji telur(asingkan putih dan kuning)
8 oz gula pasir
8 oz tepung gandum
5 oz air pandan(daun pandan yang dikisar halus dan diambil air)
3 oz minyak jagung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil cream of tartar
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh vanilla
*anda bole gantikan air pandan kepada pandan paste

Cara-cara nya
1.Masukkan kuning telur,tepung gandum,vanilla,garam,baking powder dan 1/2 bahagian gula kedalam mangkuk dan kacau rata.

2.Masukkan minyak jagung dan air pandan dan dikacau hingga sebati,ketepikan

3.Pukul putih telur bersama cream of tartar dan masukkan gula sedikit demi sedikit,pukul hingga kental.

4.Masukkan adunan putih telur kedalam adunan tepung dan digaul hingga sebati.

5.Tuang kedalam acuan chiffon dan bakar hingga masak

6.Tempreture 170C-180C,bakar selama 40-45 minit

HAPPY BAKING

Please note:adunan ini agak muai,jadi saya menggunakan acuan empat persegi kerana acuan chiffon saya agak kecil.

Butter cake 2


Ingredients
250 gm
200 gm sugar
4 eggs
250 self-raising flour
2 tsp vanilla essence
about 6 tbsp milk

Method
1. Heat oven to 180 deg C. Line cake tin.

2. In a mixer, beat butter and sugar on high speed till pale and fluffy, Reduce speed to medium, and add vanilla essence.

3. Add in eggs one at a time, alternating with flour.

4. Add milk to batter(bit by bit)

5. Check the consistency of the batter. It should be of dropping consistency. If it stands peaking and hard, add more milk.

6. Pour into baking tin and bake for about 50 minutes.

Butter cake 1



Ingredients
250gm butter
190gm sugar
5 eggs
210gm hong kong flour or all purpose flour
1/2 tsp baking powder
1 tsp essence vanilla

Method
1. Place butter,sugar and vanilla in a mixing bowl.

2. Cream till light and fluffy.

3. Add in eggs one at a time and mix it evenly

4. Cream the batter till smooth and light.

5. Pour the batter in a cake baking tin and bake it 170C-180C(pending on individual oven)for 50 minutes or till cook(when you insert knife and comes out clean).

6. Leave on wire rack to cool.

Saturday, July 24, 2010

Shepherd's pie


Ingredients
1 kg potatoes peeled and cut into 1/4
1 medium onion peeled and diced
1 medium carrot diced
250 gm minced beef
1 egg(beat lightly)
2 slices of cheese
50 gm butter
100 ml milk
a pinch of nutmeg
2 tablespoons oil
a handful of chinese parsley
salt and pepper

Preparation:

Preheat oven to 200 C

1. Saute onion in 2 tablespoons of oil till soft and lightly brown.

2. Add diced onion,carrot and minced beef,season with salt and pepper.

3. Stir till cook and moist,before off the fire add a pinch of nutmeg and chinese parsley and mix well.

4. Place the beef in a large oven-proof casserole and set a side

5. Boil potatoes in salted water till tender,drain thoroughly add 50 gm butter and milk.

6. Mashed potatoes to a creamy consistency,season with salt and pepper.

7. Spoon mashed potatoes evenly over the beef.

8. Glazed with egg and add cheese slice if desired.

Tuesday, July 20, 2010

Pengat Durian kacang hijau


Bahan-bahan nya
150gm kacang hijau
100gm gula pasir
100gm gula kabung(brown sugar)
500mls santan
3 helai daun pandan
5-6 ulas durian
sedikit garam

Cara cara nya
1. Rebus kacang hijau hingga empuk bersama daun pandan.

2. Masukkan durian,santan,gula pasir,gula kabung dan sedikit garam.

3. Masak hingga durian tadi masak.

Pengat Keladi


Bahan-bahan nya
250gm keladi dikupas kulit dan didadu
500mls santan
180gm gula
2 helai daun pandan
1 cawan sagu biji dicuci dan direndam sebentar kemudian toskan.

Cara-cara nya
1. Rebus keladi hingga 1/2 masak

2. Masukkan santan,gula,daun pandan dan sagu biji

3. Masak hingga keladi masak.

Sunday, July 18, 2010

Ayam limau kasturi



Bahan bahan nya
1 ekor ayam dipotong sederhana
1 biji bawang besar
20 tangkai cili kering
sedikit belacan
sedikit serbuk kunyit(anda juga boleh menggunakan kunyit hidup)




bahan perasa
8 biji limau kasturi diambil air
2 camca teh kicap cair
1 camca teh gula
1 sudu besar lada putih


Cara membuat nya
1. Gaul ayam dan bahan perasa dan perap kan selama 15 minit

2. Sementara itu kisar cili kering,belacan,bawang dan kunyit hingga halus.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing



4. Masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk dan kuah pekat(tapi jika anda suka lauk yang berkuah usah masak terlalu lama)


Anda juga boleh memanggang seperti membuat ayam percik

Sambal Mangga

Bahan bahan nya


cili merah
cili padi
sebiji mangga
belacan

Cara nya sama seperti membuat sambal2 yang lain


ini lah hasil nya


SELAMAT MENCUBA

Sambal Kicap


Bahan bahan nya

2 batang cili merah
1 ulas bawang putih
5 batang cili padi
1 sudu kecil gula
1 cawan kicap manis

Cara-cara nya
1. Tumbuk cili merah,cili padi dan bawang putih hingga halus.

2. Bubuh gula dan kicap manis...gaul rata dan boleh disajikan.

Sambal Binjai


Bahan bahan nya

3 batang cili merah
4 batang cili padi
belacan yang sudah dibakar
1 biji binjai kupas kulit

Cara-cara nya
1. Tumbuk cili merah,cili padi dan belacan hingga lumat.

2. Hiris binjai dan ditumbuk bersama cili tadi(tapi jangan terlalu hancur)



buah binjai yang belum dikupas kulit

Friday, July 16, 2010

Ayam bakar bermadu


Bahan-bahan nya

1 ekor ayam yang sederhana besar(dipotong 4)
3 sudu makan cili boh(jika suka pedas boleh ditambah)
1/2 biji lemon diambil jus
3 sudu makan madu
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
garam secukup rasa
aluminium foil

Cara-caranya
1. Gaul ayam dengan bahan-bahan diatas hingga rata.

2. Perap selama 3 jam.

3. Bubuh ayam dimangkuk tahan panas bersama dengan bahan-bahan rempah tadi,dan tutup mangkuk dengan aluminium foil.

4. Bakar ayam selama 1jam atau sehingga ayam 3/4 masak.

5. Remove the aluminium foil.

6. Panggang ayam sehingga garing dan kuah nya kering sedikit.


p/s:ketika anda menutup mangkuk dengan aluminium foil pastikan ayam jangan terlalu masak kerana ayam akan mengeluarkan air yang banyak during cooking process,jika anda dapati kuah nya terlalu banyak,asingkan kuah tadi kedalam periuk lain dan pekatkan diatas api

Ayam goreng pedas


Bahan-bahan nya

1kg kepak ayam
2 sudu makan ketumbar biji*
1 sudu teh jintan manis*
2 sudu besar lada hitam*
(boleh dikurangkan jika anda tidak gemar pedas)
* disangrai

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia

garam secukup rasa
minyak secukup untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Tumbuk bawang putih,halia,bawang merah dan rempah yang disangrai tadi hingga lumat

2. Perap ayam dengan bahan-bahan yang ditumbuk dan perap selama satu jam bersama garam

3. Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng kepak ayam hingga masak dan emas kekuningan.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, June 12, 2010

Kuih Lopes


Bahan-bahan nya

300gm pulut
20gm abu cang
secukup air untuk merendam
secukup daun pisang
tali frafia untuk mengikat lopes

untuk sirap gula
400gm gula melaka*
450ml air*
daun pandan*
* ketiga-tiga baha tadi dimasak hingga mendidih dan ditapis dan diketepikan

1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam
daun pandan
semua bahan diatas dikukus sebentar.

Cara membuat nya
1. Cuci beras pulut dan direndam dengan abucang dan secukup nya selama 3-4jam

2. Selepas itu toskan air nya(tidak usah dicuci lagi)

3. layukan daun pisang(sama ada di dalam air panas atau di atas api)

4. Lipatkan daun pisang dan bentukkan tiga segi(seperti membuat samosa).

5. Isikan 2 sudu makan pulut kedalam nya,dan dilipatkan daun pisang tadi dengan kemas,dan di ikat dengan tali rafia..pastikan daun tidak pecah.

6. Rebus lopes tadi selama 3jam atau sehingga masak.

7. Selepas itu sejukkan dan digaul dengan kelapa dan dimakan dengan sirap gula melaka.

SELAMAT MENCUBA.

Saturday, May 29, 2010

mee soup


Bahan-bahan nya
1 kilo mee kuning dicelurkan sebentar
beberapa pokok sawi..dipotong dan dicelurkan sebentar
1 kilo rusuk lembu direbus hingga empuk
2 liter air untuk merebus daging atau air secukup nya
1 sudu makan serbuk lada hitam
garam secukup rasa
bawang goreng
daun bawang atau daun ketumbar untuk hiasan

untuk cili
1/2 cawan kicap cair
10 batang cili padi dihiris
satukan kedua-dua bahan ini

Cara-cara nya
1. Rebus rusuk lembu hingga empuk.

2. Sesudah empuk keluarkan daging rusuk tadi dan tapis kuah nya.

3. Didalam periuk yang lain,didihkan semula daging rusuk dan sup tadi,bubuh garam secukup rasa dan lada hitam.

4. Boleh lah disajikan dengan mee,sayur,bawang goreng dan daun sop atau daun ketumbar tadi.

Selamat mencuba.

Kerutup Daging




Bahan-bahan nya
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar dan dikupas dan dihiris
3 helai daun pandan disimpul
1 kilo daging lembu tanpa lemak dihiris nipis-nipis
750mls santan
2 keping asam gelugur
1 sudu besar gula
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit

Rempah Tumis
2 kuntum bunga lawnag
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2cm kulit kayu manis

Dikisar halus
20-30 tangkai cili kering
200gm bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm halia
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
15-20 biji lada hitam

Cara-cara nya
1. Panaskan minyak,tumis bawang besar dan rempah tumis serta daun pandan hingga wangi.

2. Tambahkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga pecah minyak.

3. Masukkan daging,balik-balikkan hingga daging mengecut.Campurkan santan dan asam gelugur.

4. Renihkan hingga kuah memekat.

5. Bubuh garam,gula kerisik dan tiga suku bahagian daun kunyit.

6. Keluarkan asam gelugur dan daun pandan dan hiaskan dengan selebih daun kunyit dan sajikan bersama ketupat dan lemang.

sumber:sedap nya.....
hidangan kegemaran chef wan.

Apam gula melaka




Bahan-bahan nya

1 cawan air*
100gm gula melaka*
sehelai daun pandan*
masak ketiga-tiga bahan ini dan disejukkan

2 Cawan tepung gandum
2 sudu teh yeast kering
3 sudu besar gula pasir
secubit garam

120gm kelapa putih*
secubit garam*
sehelai daun pandan*
*dikukus

Cara-cara nya
1. Satukan kesemua bahan-bahan termasuk air gula yg telah sejuk tadi,kacau rata.

2. Seeloknya campuran tadi dimasukkan kedalm bekas yang besar.Tutup dan biarkan selama 1jam atau sehingga naik 3x ganda.

3. Sebaik nya adunan ini diletakkan ditempat yang hangat.

4. Tuangkan adunan kedalam acuan yang telah dilengserkan dengan minyak.

5. Biarkan adunan 5-10 minit sebelum dikukus

6. Kukus adunan selama 30-35 minit atau sehingga ia masak (bila dicucuk dengan lidi...dan lidi keluar bersih..menandakan aduna tadi sudah masak).

7. Sajikan dengan kelapa putih yang telah dikukus terlebih dahulu.

Kuih Lompang




Bahan-bahan nya
Bahan A
220gm gula pasir*
300mls air*
1 helai daun pandan*
masak ketiga-tiga bahan ini dan disejukkan

Bahan B
300gm tepung beras
3 sudu makan tepung sagu
750mls air
1/4 sudu teh garam
sedikit warna kegemaran anda

Bahan C
100gm kelapa dibuang kulit dan digaul dengan 1 sudu teh garam dan dikukus bersama sehelai daun pandan.


Cara-cara nya
1. satukan tepung beras,tepung sagu dan garam.....gaul rata

2. tuang air gula dan 750mls air tadi dan dikacau hingga rata,pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titiskan warna kegemaran anda dan dikacau rata.

4. Sementara itu,panaskan kukusan dan acuan sebentar.

5. Tuangkan adunan kedalam acuan dan kukus selama 20 minit

6. Sajikan dengan kelapa kukus.

Monday, May 10, 2010

Udang Masam Manis

Bahan-bahan nya.

1/2 kilo udang sederhana besar dicuci bersih dan digoreng sebentar.
1 cawan tomato sauce*
1/2 cawan cili sauce*
2 sudu makan plum sauce*
2 sudu makan oyster sauce*
* disatukan dalam mangkuk.

sedikit daun ketumbar untuk ditabur

2 ulas bawang besar dicincang
1/2 inci halia di hiris.

minyak untuk menumis dan menggoreng udang tadi

Cara-cara nya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.

2. Masukkan bahan-bahan sauce yang disatukan,masak seketika.

3. Masukkan udang yang digoreng tadi masak hingga udang masak dan taburkan daun ketumbar sebelum disajikan.

p/s: masakkan ini saya tidak menggunakan garam...kerana garam dari bahan-bahan sauce tadi sudah mencukupi,tapi ini terpulang pada selera dan citarasa masing-masing.

Sambal Tumis Kerang


Bahan-bahan nya.

1 kilo kerang direbus,dibersihkan dan ditos.

30 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
sedikit belacan*
*bahan-bahan ini dikisar halus
2 helai daun pandan
air asam
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit air

Cara-cara nya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing.

2. Masukkan daun pandan tadi dengan sedikit air,didihkan seketika.

3. Masukkan kerang yang telah direbus tadi,bubuh garam air asam dan gula secukup rasa.

Nasi Goreng my style



Bahan-bahan nya

1 mangkuk nasi sejuk
3 tangkai cili padi dihiris (jika ingin pedas bole ditambah)
2 ulas bawang putih (di cincang halus)
1 genggam ikan bilis yang halus (dicuci bersih dan digoreng sebentar)
sedikit kicap pekat
garam secukup rasa

Cara-cara nya.
1. Tumis cili padi dan bawang putih hingga garing.

2. Bubuh sedikit air,kicap pekat tadi dan garam secukup rasa.

3. Akhir sekali, masukkan nasi,ikan bilis yaang digoreng tadi dan digaul rata.

4. siap untuk disajikan.

p/s: nasi goreng ni anda bole pelbagaikan,bole dicampur dengan sayur campur,telur dadar,daging hirisan atau pun seafood kegemaran anda.

Saturday, February 20, 2010

Rendang Ayam



Bahan bahan nya

1 ekor ayam yang sederhana besar,potong ikut suka
250 ml santan pekat(saya gunakan santan KARA)
4 sudu makan kerisik
2-3 helai daun kunyit (hiris halus2)
beberapa helai daun limau purut
2 batang serai dititik
1/2 inci lengkuas dititik
10 batang cili padi
garam dan gula secukup rasa


Bahan Untuk DiKisar
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas


Cara :
1. Masukkan bahan yang dikisar bersama santan dan lada padi,lengkuas dan serai yang dititik,masak hingga mendidih seketika.

2. Masukkan ayam tadi,masak sehingga ayam hampir empuk baru masukkan kerisik,daun kunyit,daun limau purut dan garam secukup rasa.

Daging rampai




Bahan bahan nya

1/2kg daging batang pinang dihiris nipis.
2 ulas bawang putih--dicincang halus.
1 inci halia--diracik halus
3 batang cili merah---diracik halus(boleh ditambah jika ingin pedas)
1 pokok daun bawang dipotong
1 pokok daun ketumbar dipotong
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara cara nya
1. Panaskan minyak,goreng daging hingga masak,ketepikan.

2. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.

3. Setelah bahan tumisan garing,masukkan daging,gaul rata bubuh garam,bawang dan daun ketumbar,gaul hingga sebati dan padamkan api.

Daging masak kicap


Bahan bahan nya

250gm daging dipotong kecil
3 biji ubi kentang dipotong dan digoreng
1 labu bawang besar di potong bulat
1 camca kecil lada hitam
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia diracik halus
2 batang cili merah dihiris
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap masin
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara memasak
1. Rebus daging hingga empuk dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dikuali goreng kentang hingga masak,
selepas itu goreng bawang besar hanya (seketika sahaja),angkat dan toskan minyak.

3. Dikuali yang sama,gunakan satu sudu makan minyak sahaja,tumis bawang putih,halia dan lada merah hingga layu.

4. Bubuh sedikit air dan masukkan 3 jenis kicap tadi.

5. Masak seketika,baru masukkan lada hitam dan daging bersama air rebusan,masak hingga kuah sebati.

6. Boleh disajikan berserta kentang dan bawang yang digoreng.

p/s:masakkan ini tidak perlu menggunakan garam,tapi bagi anda yang 'kuat masin' boleh bubuh sedikit garam.

Saturday, February 13, 2010

Ayam cili berempah

Bahan-bahan nya
1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong ikut suka
1 sudu besar cili boh
3 sudu rempah kari daging
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
garam secukup rasa

Cara membuat nya


          tumis bawang putih,halia dan cili hingga garing

 
masukkan rempah kari.


goreng semua bahan hingga sebati.


masukkan ayam,gaul sebati,tambah sedikit air dan masak hingga ayam empuk.


siap untuk disaji..


SELAMAT MENCUBA

Monday, February 1, 2010

kek sponge strawberry



Bahan-bahan nya
250gm tepung cake(diayak)
190gm gula halus
50gm mentega cair
5 biji telur (sederhana besar)
50gm air
1 sudu teh vanilla esen
10 biji strawberry (5 biji dibelah 2 dan 5 biji lagi didadu)

Cara-cara nya
1.  Pukul telur,air dan gula hingga kembang dengan kelajuan tinggi selama 10 minit.
2.  Masukkan tepung dan esen vanilla,gaul hinnga sebati.
3.  Lastly baru masukkan mentega cair.
4.  Masak pada suhu 160c,selama 45 minit atau ikut pada ketuhar masing2


Cara membuat cream
1L whip cream(ia didalam kotak,boleh didapati dipasar raya)

gunakan 300mls saja...dan dipukul dengan kelajuan tinggi hingga cream tadi menjadi kental(lebih kurang 10minit).Dan ia siap untuk digunakan.

p/s: kek ini saya buat 2 adunan.
       ketika melapis sapukan cream diatas salah satu atas kek dan ditaburkan
       dengan strawberry yang didadu......selebihnya mengikut creativity masing2

SELAMAT MENCUBA

Thursday, January 28, 2010

Ayam bakar sambal kicap



Bahan-bahan nya

1 ekor ayam sederhana besar.
2 ulas bawang putih di tumbuk halus.
1 inci halia di tumbuk halus.
sedikit lada hitam jika suka (optional).

Bahan-bahan kicap.

4 batang lada merah
7 batang cili padi
2 ulas bawang putih
sedikit gula
1 cawan kicap manis.

tumbuk bawang putih bersama lada merah dan cili padi hingga lumat,masukan gula dan kicap tadi,gaul rata.Ketepi kan.


Cara-cara nya,

1. lumur bahan-bahan tumbuk pada ayam dan perap 10-15 minit,kemudian dibakar hingga ayam tadi separuh masak ( jangan lupa balik-balik kan ayam tadi supaya masak nya rata).

2. sapukan bahan kicap tadi pada ayam dan di bakar hingga ayam tadi masak keseluruhan.

3. bila masak boleh lah di sajikan.             

Udang Lemak Nanas



Bahan-bahan nya

1 biji nenas (kecil dibersihkan dipotong sederhana besar)
200gm udang yang sederhana besar
1 batang lada merah *
5 batang cili padi *
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
* bahan-bahan ini ditumbuk halus
250mls santan
garam secukup rasa

Cara-cara nya

1.  Didihkan santan berserta bahan yang ditumbuk hingga santan mendidih (jangan sampai santan pecah minyak).
2.  masukkan nanas garam,sedikit gula dan udang,masak hingga udang masak.